Latar Belakang

Mengenai Kami

CAED ialah akronim untuk Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik. Ia merupakan pusat di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Fungsi CAED adalah untuk mengurus semua inovasi pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan akademik, pembangunan kurikulum akademik dan pentaksiran dan penilaian.

CAED di bawah pimpinan Prof. Madya Dr. Mohamad Najmi Bin Masri, distrukturkan kepada empat (4) unit utama, iaitu:

  • Unit Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
  • Unit Kepimpinan Akademik
  • Unit Pembangunan Kurikulum Akademik
  • Unit Penilaian Dan Pentaksiran

About Us

Visi


Menjadi pusat transformasi pembangunan akademik yang berdaya saing ke arah kecemerlangan Universiti

Misi


Menyediakan Platform dan alat untuk memudahkan pelaksanaan aktiviti akademik selaras dengan perkembangan semasa yang lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat global.

Objektif


  • Memantapkan inovasi pengajaran dan pembelajaran secara dalaman dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Memperkasakan modal insan yang kompeten untuk kepimpinan akademik universiti.
  • Untuk membangunkan proses pembangunan kurikulum akademik yang lebih sistematik.
  • Untuk memantau capaian dan penilaian akademik untuk menghasilkan pencapaian dan output yang mampan.