1. Sistem ePembelajaran – LMS eCampus
- Menyediakan pelantar sistem ePembelajaran yang efektif dan menarik bagi pelaksanaan Pembelajaran Teradun Sokongan (PTS) dan Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) mengikut era pendidikan tinggi masa kini.
- Menyediakan pelantar Peperiksaan Dalam Talian (eProctoring) yang telus untuk salah satu kaedah penilaian pentaksiran akhir kepada pelajar.
2. Latihan Kompetensi Staf Akademik
- Menganjurkan latihan dalaman staf akademik mengikut analisa keperluan latihan (training need analysis - TNA) secara berkala sepanjang tahun untuk kompetensi dan pembangunan profesional berterusan (continuous professional development - CPD).
- Menganjurkan Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi keperluan pengesahan jawatan staf akademik sedia ada dan pendedahan pelaksanaan PdP kepada staf akademik baharu.
- Mengurus permohonan latihan luar staf akademik melibatkan latihan berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kurikulum akademik sahaja dengan had peruntukan RM3,000 seorang/setahun.
3. Penilaian Pengajaran Kursus
- Menyediakan pelantar sistem Penilaian Pengajaran Kursus (Academic Evaluation) untuk penilaian oleh pelajar berkaitan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sepanjang semester.
- Proses penilaian akan berlangsung pada minggu ke-12 hingga minggu ke-14 pengajian.
- Semakan markah penilaian boleh dibuat oleh staf akademik 1 bulan dari tarikh tutup penilaian berlangsung.
4. Pembangunan Kurikulum Akademik
- Menyediakan khidmat penasihatan/bimbingan berkaitan pembangunan/semakan kurikulum program akademik kepada pihak fakulti/pusat bagi program akademik baharu dan program akademik sedia ada.
- Menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Program Akademik (JKPPA) peringkat UMK 1 kali sebulan bagi penilaian pembangunan/semakan kurikulum program akademik baharu dan program akademik sedia ada.
5. Maklum balas pertanyaan/aduan
- Menerima dan mengesahkan pertanyaan/aduan daripada pelanggan dalam masa 24 jam.
- Memberi maklum balas pertanyaan/aduan mengikut servis berkaitan dalam masa 5 hari bekerja.