21-Dec-2023

Webinar Transformative Teaching With Canva For ODL


20 Disember 2023 | Webinar Transformative Teaching With Canva For ODL telah diadakan secara dalam talian iaitu melalui platform zoom meeting.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Akademik (PKPA) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kualiti (PPQ). 

Program yang berlangsung selama 2 jam ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hana Yazmeen, Ketua Unit Ignites Venture Lab UMK dan disertai oleh 100 orang Staf Akademik/ Pentadbir UMK.

Webinar ini merupakan salah satu pendekatan untuk membantu dan mendorong peserta dalam mengaplikasikan pembelajaran inovatif dalam pembelajaran jarak jauh. 

Diharapkan para peserta dapat mengintegrasikan kaedah pembelajaran terkini seiring dengan teknologi supaya pembelajaran akan menjadi lebih interaktif dan menarik.





ARCHIVE
2024
April (1)
2023
December (43)