03-Apr-2024

WEBINAR SIRI I - ANUGERAH KHAS YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI: REKA BENTUK KURIKULUM DAN PENYAMPAIAN INOVATIF (AKRI)


15 Januari 2024 | 𝐖𝐞𝐛𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐘𝐁 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢: 𝐑𝐞𝐤𝐚 𝐁𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐟 (𝐀𝐊𝐑𝐈) telah diadakan secara dalam talian iaitu melalui platform zoom meeting.

Program yang berlangsung selama 1 jam ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Shah Iskandar Fahmie bin Ramlee, Pensyarah Kanan, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP). Beliau juga merupakan Ketua Projek dan telah memenangi Naib Johan bagi Kategori Kurikulum Program Pengajian Inovatif di Anugerah AKRI 2022.

Webinar ini diadakan untuk menyediakan ruang bagi peserta mendalami pendekatan-pendekatan inovatif dalam reka bentuk kurikulum termasuklah pemahaman mengenai strategi yang relevan dengan trend pendidikan global dalam memenuhi keperluan dan cabaran masa kini.

Diharapkan para peserta dapat meningkatkan kesedaran dan mengenali kepentingan memperkemaskan kurikulum dengan memasukkan elemen-elemen inovatif seperti pengintegrasian teknologi, pembelajaran berpusatkan pelajar dan strategi pembelajaran aktif.

Kita #BinaLegasiUMK Bersama

#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #MalaysiaMadani




ARCHIVE
2024
April (1)
2023
December (43)