19-Dec-2023

Penyertaan Universiti Malaysia Kelantan ke International University Carnival On E-Learning (IUCEL 2023)


25 - 26 September 2023 | UMK sentiasa cemerlang dan terkehadapan dalam penyertaan pertandingan inovasi PdP, terutama IUCEL sejak 2014 sehingga 2022 di bawah seliaan Pusat Kecemerlangan Dan Pembangunan Akademik (PKPA).

 

International University Carnival on E-Learning (IUCEL) adalah acara tahunan anjuran bersama Majlis E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama daripada Universiti Awam (UA) selaku tuan rumah mengikut giliran. 

 

IUCEL kekal menjadi satu platform utama dalam mempromosikan aplikasi e-pembelajaran secara global oleh pelbagai institusi pengajian tempatan dan antarabangsa, di samping meneroka inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dipraktikkan secara berterusan oleh para pelajar, sarjana, pendidik, penyelidik, inovator dan industri berkaitan.

 

Tahun ini, IUCEL 2023 diadakan secara fizikal di bawah anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertemakan "Empowering Society Through Education 5.0" pada 25 hingga 26 September 2022 2023 di Kuantan, Pahang.

 

Karnival inovasi antarabangsa ini menyediakan tiga (3) kategori utama sebagai gelanggang para inovator penyelidik mempertandingkan reka bentuk dan praktis produk inovasi PdP mereka iaitu; IIDEL, e-Teacher, dan STEAM@School.

 

Projek Inovasi P&P UMK yang telah disertai bagi kategori Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) telah meraih kejayaan cemerlang dengan pencapaian sebanyak tujuh (7) PINGAT EMAS, sembilan (9) PINGAT PERAK dan sembilan (9) PINGAT GANGSA pada karnival tersebut menerusi projek-projek inovasi pengajaran dan pembelajaran daripada beberapa fakulti atau pusat tanggungjawab terlibat.

 

Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan penyertaan IUCEL 2023 ini. Semoga UMK akan mencipta lebih banyak kejayaan pada IUCEL 2024 akan datang.

 





ARCHIVE
2024
April (1)
2023
December (43)