24-Feb-2026

Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 PKPA Berlangsung Dengan Jayanya


Sesi Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM Berhad ke Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Februari 2026 (Selasa) dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

PKPA telah mencapai pencapaian cemerlang dengan keputusan 0 OFI dan 0 NCR. Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi warga PKPA dalam mengekalkan standard kualiti kerja yang konsisten serta memastikan budaya penambahbaikan berterusan diamalkan.

Seluruh warga PKPA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Nur Hana Roshida Binti Hairudin selaku Juruaudit SIRIM QAS International dalam sesi Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 tersebut.

PKPA menyambut baik segala teguran dan penasihatan serta contoh amalan baik pelaksanaan pengurusan kualiti bagi memastikan Universiti Malaysia Kelantan terus memenuhi keperluan pensijilan MS ISO 9001:2015. Malah, PKPA telah merancang tindakan penambahbaikan untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan sedia ada demi kecemerlangan berterusan.

PKPA turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) yang telah banyak membantu bagi memastikan sesi audit ini diselaraskan dengan lancar.

Sebagai penghias akhir bicara, kami persembahkan serangkap pantun;

Pergi ke pekan mencari busana,

Busana dicari bersama rakan;

Nasihat diberi penuh bermakna,

Menjadi panduan penambahbaikan





ARCHIVE
2026
July (3)
February (2)
2025
November (4)
October (2)
September (2)
August (1)
July (4)
June (3)
March (1)
February (1)
2024
December (1)
October (1)
September (2)
June (1)
April (1)
2023
December (43)