19-Dec-2023

Bengkel “Crafting Dynamic Learning: A Transformative Curriculum Design In Experiential Learning Using IDEAL”


18 September 2023 | Industry Driven Experiential Learning atau lebih dikenal sebagai ‘IDEAL’ merupakan salah satu kategori dalam pelaksanaan Experiential Learning and Competecy based Education Landscap (EXCEL) yang merangkumi IDEAL, REAL, CARE dan POISE. 

 

EXCEL adalah satu kerangka tranformasi program akademik yang menggabungkan elemen industri, komuniti, penyelidikan dan fleksibiliti dalam menghasilkan graduan yang mempunyai atribut dan kemahiran yang diperoleh dari pembelajaran berasaskan pengalaman dan pendidikan berasaskan kompetensi. Program ini telah dibangunkan dan dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia pada Oktober 2021.

 

Beberapa siri bengkel dirangka untuk memastikan UMK sentiasa kompetitif dalam area akademik di Malaysia khasnya dan antarabangsa amnya. 

Bengkel “Crafting Dynamic Learning: A Transformative Curriculum Design In Experiential Learning Using IDEAL” merupakan siri bengkeL EXCEL (POISE) telah diadakan pada 3 September 2023 yang lalu. 

 

Siri bengkel IDEAL pada kali ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Tenku Putri Norishah Binti Tenku Shariman, Pengarah, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pembangunan Kandungan Pendidikan, Fakulti Multimedia Kreatif (FCM), Universiti Multimedia (MMU), pada 18 September 2023 bertempat di UMK Bachok.

 

Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 20 orang staf akademik wakil daripada setia fakulti di UMK. Menerusi bengkel ini turut diadakan perbincangan interaktif tentang pelaksanaan pembelajaran berasaskan IDEAL serta perkongsian pelaksanaan IDEAL di MMU.

 





ARCHIVE
2024
April (1)
2023
December (43)