
Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Jawatankuasa Penilaian Program Akademik (JKPPA) 2026 yang berlangsung di Skyview, Aras 20, Ibis Styles Hotel, Kota Bharu.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh peranan dan fungsi JKPPA dalam menyokong pelaksanaan jaminan kualiti akademik di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Antara fokus utama bengkel adalah menyemak semula Terma Rujukan (TOR), bidang tugas serta keanggotaan JKPPA agar selari dengan dasar jaminan kualiti terkini. Selain itu, bengkel ini turut memberi penekanan kepada usaha memperkemas proses kerja dan arahan kerja berkaitan permohonan program baharu serta semakan kurikulum.
Peserta juga didedahkan kepada kepentingan penyeragaman kaedah dan tatacara semakan dokumen akademik antara fakulti, di samping meningkatkan kefahaman terhadap aliran kerja kelulusan akademik di peringkat dalaman sebelum dibawa ke Mesyuarat JKTS dan Senat.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam mengukuhkan tadbir urus akademik melalui pelaksanaan jaminan kualiti dalaman yang lebih jelas, sistematik dan berkesan, selaras dengan aspirasi UMK ke arah kecemerlangan pendidikan tinggi.

