20-Jul-2026

PKPA ANJUR BENGKEL PEMANTAPAN PENGISIAN DOKUMEN ANUGERAH AKADEMIK NEGARA (AAN) KE-17


20 Julai 2026 – Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengisian Dokumen Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-17 bertempat di Bilik Cengkih, Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FPBPI), UMK Kampus Bachok.

Bengkel ini diadakan sebagai inisiatif bagi membantu calon-calon Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-17 UMK menyediakan dokumen pencalonan yang berkualiti, komprehensif dan memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan. Program ini turut menjadi platform kepada peserta untuk meningkatkan kefahaman mengenai penyediaan dokumen pencalonan yang lebih sistematik dan berimpak.

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Anuar, Profesor Madya, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan. Beliau berkongsi panduan berkaitan strategi penyediaan dokumen pencalonan, penekanan terhadap aspek-aspek penting dalam penilaian, kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh calon serta amalan terbaik dalam menghasilkan dokumen yang mantap dan berdaya saing.

Turut diadakan sesi perbincangan dan semakan dokumen secara interaktif yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan pandangan serta maklum balas secara langsung bagi menambah baik dokumen pencalonan masing-masing.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen PKPA dalam memperkasa budaya kecemerlangan akademik di UMK serta memperkukuh persediaan calon-calon universiti untuk bersaing pada Anugerah Akademik Negara Ke-17.





ARCHIVE
2026
July (3)
February (2)
2025
November (4)
October (2)
September (2)
August (1)
July (4)
June (3)
March (1)
February (1)
2024
December (1)
October (1)
September (2)
June (1)
April (1)
2023
December (43)